BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Sunday 6 November 2011

:: jodoh, usah cari terlalu sempurna ::





Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!! 

:: hari raya ku ::

salam.. ^^

utk tahun ke2 aq beraya di perantau. cewahhh.. mcm kt oberseas plak. haha.. watever ~
malam tadi aq plan baik punye nk pegi semayang raya la pg ni dgn membe naik bus kolej. tp itu la, syaitan sgt la pandai menggoda ! bedebah punya syaitan !!! aq tak bgn weyh.. subuh aq pun melayang sekali.. haishh ape pun tak boleh. -_-''

tepat 7.45 pg, hp aq bedering lagu mr.simple. mummy calling ! ^_^ dengan mamainye aq jawap call. tp mak aq dengar suara aq tgh tido ape lg 'heyy tido lg ? bgn la.. pg raya ni tido lg. hishh da2 g la tido'. tp dalam mamai2 aq tu, background mak aq, perghh ! tebaik.. dia da ade dekat kampung. suara famili ramai2 dekat kampung. aq hanya mampu menyatakan 'SUMPAH AQ JELES !!!'

kt kampung buat korban pagi ni, ptg plak buat akikah. korban ni utk aq, tp ape kan daya.. aq tak dapat balik. aq kene bekorban dekat sini. rabu, khamis, jumaat aq ade paper. final der ! tp ntah la.. aq sgt malas plak 2-3 arini. kalau tak sblm tu, bukak mata sampai la tutup mata tu la keje aq menatap nota, latihan, nota, latihan.

bekpes pg aq ? mmg tebaik.. lemang + serunding. tangkap leleh wa cakap sama lu.. lunch aq plak ? sedang aq menaip mengupdate blog, ade suara 'tin..tin..balik makan !' sekali suara kak yong bilik aq da.. hehe. dia ajak makan. best ! nasi impit + sambal udang + rendang ayam cili padi + aiskrim kolej sponsor. mmg kenyang la ! mata ni nk tetutup je sambil menaip ni ha..

p/s : ucapan ni khas utk kak yong dan cik yong bilik aq tu, terima kasih banyak2 atas lunch arini. ^_^

whts next xtvt ? hishh mate ni mcm nk tido. so sampai disini dulu cerita aq yg tahap boleh buat novel ni. haha.. kepada semua umat islam, berhenti la fesbuk ke twitter ke bbm ke blogging ke moh le kite tunaikan kewajipan sbg umat islam. ^_^



p/s : selamat menyambut aidiladha ^_~