BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Saturday 15 September 2012

nota cinta

andainya dapat ku menulis,
nota nota cinta buat diri Nya,
inginku titipkan bersama,
semua kuntuman bunga,
yang indah berseri.

ku sembur haruman mewangi,
bersama kata kata puji,
sedangkan Dia tahu kasih dan cintanya aku,
menjalin ikatan menuju ke syurga.

cintaku kepada Dia,
rinduku hanya pada Nya,
kasihku tulus buat Nya,
setiaku balas kasih Nya,
kasihku kasih yang setia,
pada yang punya.

dambakan pada yang Esa,
pujian hanya buatnya,
akurku kebesaran Nya,
teragung Maha Suci Nya,
taatku hamba yang hina,
pada pencipta.

kiranya aku hilang arah,
jalan hidupku berubah punah,
namun kasih Nya tak pernah akan musnah,
belas rahmat Nya terus mencurah curah,
nur hidayah Nya semakin cerah.

Monday 9 April 2012

:: aaron aziz ^^ ::

salam ^^

ha ! ABPBH . mesti ramai tengok kan ? aku ? jangan ditanya , aku tak suka bende2 macam tu . tp tengah2 online aku tengok ramai cakap aaron aziz menang artis paling popular yea ? so dengan ini , tertarik plak nk update pasal aaron aziz . haha rasanya kalau pasal kes name dia mat haron tu keluar sebelum undian ABPBH , mesti dia dapat bolot semua anugerah . haha semua tu kan menaikkan nama artis2 dekat Malaysia ni . tp dalam banyak2 status yang aku baca pasal aaron aziz menang award ni , aku ade terbaca ade yg update status 'Aaron aziz menang sebab berita harian singapore ke?' . haha betolkan ape dia ni cakap ? kite kan Malaysia bukan Singapore tp takpe la , rezeki masing-masing...

tapi aku rasa , aaron aziz memang layak dapat award ni . lakonan dia memang superb beb !!! sangat banyak lakonan dia ni . tak larat la aku nk bgtau korang . tp korang nk tau tak ape filem-filem dengan drama lakonan dia ni ? haaa.. klik sini . hehehe . aku malas nk cerita panjang pasal bab tu . hahaha lagipun skrg dah maju . bukak je web tu , ade la bende korang nk carik . haha :p

okeh2 , teruskan pasal aaron aziz lagi . walaupun umur dia skrg dah 34tahun , tp serius menjadi kegilaan ramai wanita kt luar sana , termasuk la aku . hahaha . mane tak nye , muka dia pergh market giler kot ! body taknak tough plak kan ? untung bini dia dapat laki hensem macam tu . aku nk dapat macam tu ? haha berangan jela . walaupun dia femes , hensem , tp so far aku rasa takde plak dengar cite dia ade affair dengan perempuan lain . tp tak tau la plak kalau aku ni yang tak update pasal dunia artis . hahaha .

pape pun tahniah pada aaron aziz pasal kemenangan dia ni . gua caya la same lu !


ha betulkan ni pic mase ABPBH td ? aku tak tengok so tak tau la dia pakai baju ape . tapi pape pun aaron tetap hensem pada aku . hehe . kepada perempuan di luar sana , nah aku bg korang tatap aaron aziz ni . tp jangan lebih-lebih plak , laki orang ni , korang pun ingat la boyfren korang , bg yang dah betunang tu ingatla dekat tunang dan yang dah bersuami ingat la suami . pesanan utk aku ? haha aku takpe.. aku single . aaron pun ade kota 3 lagi kosong . haha gurau je yea . 

p/s : tahniah aaron !!! saranghae :D

Sunday 6 November 2011

:: jodoh, usah cari terlalu sempurna ::





Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!