BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Saturday 1 October 2011

:. secantik wanita islam .:

wajahmu yg cantik
tubuhmu yg cantik
akhlak juga mesti cantik

pada suatu hari, ALLAH S.W.T memerintahkan malaikat Jibril bertemu seekor lembu dan meminta dia bertanyakan 1 soalan. Malaikat Jibril segera mematuhi perintah itu. pada suatu siang yg panas, kerbau berendam di sebatang sungai.

Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya, "Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh ALLAH seekor kerbau ?"
kerbau menjawab, "Masya-ALLAH, alhamdulillah ! aku bersyukur kepada ALLAH yg telah menjadikan aku sbg seekor lembu. ini sgt berbeza jika aku dijadikan sbg seekor kelawar yg madi dgn air kencingnya sendiri."

mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor kelawar pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. kemudian dia bertanya "hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh ALLAH sbg seekor kelawar?"
"Masya-ALLAH ! Alhamdulillah. aku bersyukur kepada ALLAH yg telah menjadikan aku sbg seekor kelawar drpd dijadikanku seekor cacing. tubuhnya kecil, tinggal di dlm tanah dan berjalan menggunakan perutnya, " jawab si kelakar.

mendengar jawapan itu, malaikiat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yg sdg merayap di atas tanah. lalu Jibril bertanya kepada cacing, "wahai cacing yg kecil, apakah kamu selesa dijadikan ALLAH sbg seekor cacing?"
jawab cacing, "Masya-ALLAH, alhamdulillah ! aku bersyukur kpd Allah yg telah menjadikan aku sbg seekor cacing daripada dijadikanku sbg seorang manusia. apabila mereka tidak memiliki iman yg sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya."

moral : manusia adalah ciptaan terhebat. dengan akal yg dikurniakan, manusia wajb berfikir untuk menjadi makhluk yg terpuji dalam semua tindak-tanduknya. ingat.. semua perbuatan ada balasannya.

p/s : sedang rilex2 aq terbaca buku title KERANA-MU AKU BERUBAH. Tujuan aq share entry ni, untuk renungan kite bersama. aq tak cakap aq ni baik.. 1 more thing, maap ler pakai pic sndr jd model utk entry ni hehehe^_^